BERITA SEMASA

Malaysia Photo Hunt pemangkin pelancongan negara, gilap bakat penggiat tempatan

KUALA LUMPUR – Malaysia Photo Hunt 2025 membuktikan seni visual mampu menjadi pemangkin utama kepada pelancongan negara dengan mengangkat bakat penggiat tempatan ke peringkat tertinggi.

Pertandingan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos lalu, menerima lebih 2,300 penyertaan foto dan 121 video berdurasi 30 hingga 60 saat bertemakan ‘Surreal Experiences’.

Majlis penyampaian hadiah di Balai Seni Negara hari ini, menyaksikan empat peserta dinobatkan sebagai pemenang utama dengan hadiah berupa pakej percutian mewah 4 hari 3 malam untuk empat orang.

Malaysia Photo Hunt
Thai Hung (kiri) menyampaikan hadiah percutian mewah kepada salah seorang pemenang kategori Camera – Video bernilai RM35,000.

Mereka ialah Mohd Nazri Sulaiman (Kategori Kamera – Foto), Toh Jern Yoong (Kategori Kamera – Video), Kelvin Pudun Denis (Kategori Telefon Pintar – Foto) dan Mrutyaunjai Sanjay Parab (Kategori Telefon Pintar – Video).

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, pertandingan itu bukan sahaja menggalakkan pelancongan domestik dan antarabangsa, malah mengangkat karya seni visual tempatan setaraf standard global.

“Inisiatif seperti Malaysia Photo Hunt menjadi bukti bagaimana fotografi dan videografi mampu melonjakkan imej pelancongan negara serta memberi peluang kepada bakat seni visual untuk menyerlah ke peringkat lebih tinggi,” kata kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Lee Thai Hung yang mewakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia untuk menyampaikan hadiah utama kepada para pemenang.

Malaysia Photo Hunt
Salah seorang pemenang kategori Smart Phone – Photo menerima hadiah bernilai RM15,000.

Selain hadiah utama, Tourism Malaysia bersama rakan kerjasama strategik seperti Perodua Malaysia, Canon, Sony, Samsung, OPPO dan Huawei turut menyampaikan hadiah bernilai keseluruhan RM400,000 kepada pemenang lain termasuk tempat pertama, kedua dan ketiga setiap kategori.

Pertandingan itu turut dijayakan dengan sokongan rakan penaja seperti Batik Air, Sabah Tourism Board, Tourism Melaka, Tourism Johor, Langkawi Development Authority (LADA), Penang Global Tourism, Sarawak Forestry Corporation, KL Tower, The Waterfront Hotel Kuching, A’Famosa Resort dan Yeos Malaysia Sdn. Bhd.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button