Guna logo tanpa kebenaran: MOTAC, Tourism Malaysia ambil tindakan terhadap penganjur Miss & Mister Celebrity International 2025
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia akan mengambil tindakan terhadap penganjur acara Miss & Mister Celebrity International 2025 yang menggunakan logo tanpa kebenaran.
Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia berkata, tindakan sewajarnya itu akan diambil bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama dan identiti korporat rasmi.
“Pihak kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran acara Miss & Mister Celebrity International 2025 yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Sentul pada 14 hingga 22 Disember lalu.
“Penggunaan logo korporat Tourism Malaysia dan logo kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) oleh pihak penganjur dibuat tanpa kebenaran bertulis rasmi,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti wanita menerima anugerah dalam acara terbabit.
Ia sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat kerana penggunaan logo rasmi MOTAC dan Tourism Malaysia yang turut mengaitkan pihak terbabit dalam penganjuran acara berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








