BERITA SEMASADALAM NEGERI

Malaysia perkukuh kerjasama digital dengan Singapura, Thailand dan Jepun

KUALA LUMPUR – Malaysia terus memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang digital dengan tiga negara rakan strategik iaitu Singapura, Thailand dan Jepun bagi menyokong agenda transformasi digital serantau.

Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Fabian Bigar, selaku wakil Pegawai Kanan Mesyuarat Digital ASEAN (ADGSOM) Malaysia telah mengadakan tiga sesi pertemuan dua hala bersama wakil negara terbabit semasa Mesyuarat Pegawai Kanan Digital ASEAN Ke-2 and Majlis Telekomunikasi dan Pengawal Selia ASEAN (ADGSOM–ATRC) Leaders’ Retreat 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Pertemuan semalam itu melibatkan Timothy Chin Jun Wen (ADGSOM Singapura), Kalaya Chinatiworn (ADGSOM Thailand) dan Kiriyama Nobuo dari Jepun.

“Perbincangan menumpukan usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang ekonomi dan transformasi digital melalui platform ASEAN, selain bertukar pandangan mengenai isu-isu digital semasa serta peluang kerjasama dua hala yang mempunyai kepentingan bersama,” menurut kenyataan Kementerian Digital dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Katanya, Malaysia melalui Kementerian Digital, dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi menjadi penganjur bersama bagi mesyuarat berprestij tersebut.

Kenyataan itu berkata, pertemuan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh diplomasi digital serantau serta memperluas jaringan kerjasama dengan negara jiran dan rakan global ke arah pembentukan ekosistem digital ASEAN yang inklusif, mampan dan berdaya saing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button