BERITA SEMASA

Malaysia ‘istimewa’ buat Timor-Leste – Xanana

BANGI – Malaysia mempunyai kedudukan istimewa bagi Timor-Leste, apabila di bawah kepengerusian Malaysia, negara itu secara rasmi diterima sebagai anggota ke-11 ASEAN.

Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmao berkata, detik bersejarah itu menandakan permulaan baharu bagi negaranya, sambil menzahirkan penghargaan terhadap peranan penting Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam menyokong kemasukan Timor-Leste ke ASEAN.

“Beliau (Anwar) memahami kesakitan perjuangan dan nilai pendamaian. Komitmennya terhadap keamanan, daripada menyelesaikan pertikaian serantau hingga memperjuangkan keadilan dalam konflik di luar rantau ini, mencerminkan seorang pemimpin yang melihat maruah sesebuah negara berkait rapat dengan maruah rakyatnya.

“Kerana itu, rakyat Timor-Leste akan sentiasa berterima kasih. Malaysia kini mempunyai tempat istimewa dalam ingatan negara kami dan dalam harapan masa depan kami,” katanya.

Xanana berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Syarahan Canselor Tuanku Muhriz 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Related Articles

Hadir sama, Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; serta Naib Canselor UKM, Profesor Dr Sufian Jusoh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button