Mahkamah Persekutuan umum keputusan Titah Adendum Najib Razak 13 Ogos ini
KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan berhubung Titah Adendum yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Rabu depan iaitu 13 Ogos 2025.
Perkara itu dimaklumkan melalui satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.
“Mahkamah Persekutuan akan umum keputusan Titah Adendum berkait DSN pada Rabu depan, 13 Ogos 2025,” tulis Najib ringkas.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial melahirkan harapan positif terhadap keputusan tersebut.
“Insya-Allah, semoga ada perkhabaran positif buat #Bossku yang dizalimi selama ini,” tulis Jai Ringgos.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan DSNR. Harap keputusan mahkamah menyebelahi bossku,” komen Nyak Froszen pula.
“Semoga Datuk Seri Najib beroleh keadilan,” kata Rayyan Ramzi pula.
Titah Adendum tersebut sebelum ini mencetuskan perhatian umum kerana dikatakan melibatkan isu berkaitan status pelaksanaan hukuman ke atas Najib yang kini menjalani hukuman penjara di Kajang.
Bulan lalu media melaporkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam maklum balasnya di Mahkamah Tinggi tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang didakwa merupakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








