BERITA SEMASA

MAHFAA anjur majlis apresiasi

Raikan ahli, sukarelawan dan agensi kerajaan terlibat dalam dunia autisme

CYBERJAYA – Persatuan Autisme Berfungsi Tinggi Malaysia (MAHFAA) menganjurkan satu majlis apresiasi buat ahli dan kumpulan sukarelawannya, di sini hari ini.

Bertemakan ‘Hari Ibu dan Hari Guru’, majlis tersebut dihadiri kira-kira 50 keluarga yang mempunyai anak-anak autistik termasuk pegawai daripada beberapa agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal golongan autistik.

Pengerusi MAHFAA, Rosaniza Tuman berkata, majlis ini merupakan salah satu aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) tersebut bagi mengeratkan hubungan komuniti.

“Aktiviti kita tidak terhad kepada pendidikan anak-anak, tetapi kita turut adakan aktiviti yang melibatkan keluarga.

“Objektif pada hari ini adalah untuk menjalin hubungan mesra ibu bapa dengan pegawai dari agensi kerajaan yang turut sama memberi sokongan kepada komuniti OKU (orang kelainan upaya) khususnya golongan autistik,” katanya hari ini.

Selain menjamu selera, para hadirin turut berpeluang beramah mesra antara satu sama lain sambil bertukar pandangan mengenai hal ehwal terkini.

MAHFAA yang didaftarkan secara rasmi sejak 2019, merupakan sebuah NGO bertujuan mencari peluang dan ruang untuk anak-anak autisme mengasah kemahiran semulajadi (inborn talent), menyediakan tempat belajar yg sesuai dgn keperluan seorg autistik serta sebagai medium utk ibubapa berkongsi pendapat.

Buat masa ini, MAHFAA beroperasi di sebuah pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Cyberjaya yang turut menempatkan sebuah pusat pembelajaran yang memfokuskan pendidikan kanak-kanak mild autistik berusia antara lapan hingga 14 tahun, dengan kumpulan pertama yang menerima pendidikan di pusat ini ada antaranya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke univerisiti tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button