BERITA SEMASA

Lima SBP dilantik sebagai Sekolah Penggerak Akademi Bahas MADANI

CYBERJAYA – Lima sekolah berasrama penuh (SBP) dilantik sebagai sekolah penggerak mengikut zon di bawah penubuhan Akademi Bahas MADANI, sekali gus menyaksikan setiap institusi berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM5,000 daripada Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, suntikan dana tersebut bertujuan memperkasakan program latihan, bimbingan (coaching), serta pemantauan bakat-bakat baharu secara berterusan di peringkat SBP.

sekolah
FADHLINA SIDEK.

“Lima institusi yang dilantik sebagai sekolah penggerak mengikut zon berkenaan ialah Sekolah Sultan Alam Shah, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Menengah Sains Muar, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, dan Sekolah Menengah Sains Sabah.

“Inisiatif baharu ini membuka peluang saksama buat sekolah-sekolah yang kurang menyerlah sebelum ini untuk kembali bersaing dan menonjol dalam arena perdebatan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ke-51 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, di sini hari ini.

Untuk rekod, Akademi Bahas MADANI dibentuk sebagai hab latihan kemahiran berhujah secara berfasa di semua SBP.

Langkah itu berhasrat mencungkil serta memantapkan kebolehan berfikir secara kritis dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar menjelang pertandingan peringkat kebangsaan kelak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button