JENAYAH & MAHKAMAH

Lima remaja didakwa cela Zara Qairina keluar mahkamah dengan kawalan ketat

KOTA KINABALU – Lima remaja yang didakwa menggunakan perkataan mencela Allahyarham Zara Qairina Mahathir meninggalkan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dengan kawalan ketat polis selepas prosiding Mahkamah Kanak-Kanak, hari ini.

Kenderaan yang membawa kesemua tertuduh diiringi pasukan keselamatan sebaik keluar dari perkarangan mahkamah sebelum bergerak ke lokasi yang tidak didedahkan.

Suasana di luar mahkamah dilaporkan terkawal dengan pemantauan rapi pihak polis.

Terdahulu, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada 15 Julai lalu, antara jam 10 hingga 11 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad berkata, setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu membayar deposit RM1,000.

“Kes akan disebut semula pada 25 September depan,” memetik laporan BH online.

Kes itu terus mendapat perhatian ramai selepas ia dikaitkan dengan insiden membabitkan arwah Zara Qairina, sekali gus menimbulkan desakan supaya keadilan ditegakkan dan pihak bertanggungjawab diadili mengikut undang-undang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button