BERITA SEMASA

Lima Menteri baharu, tujuh Timbalan Menteri selesai angkat sumpah

KUALA LUMPUR – Kesemua lima menteri baharu Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada pukul 3 petang tadi.

Mereka adalah Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Turut mengangkat sumpah ialah M Kulasegaran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Datuk Seri Noraini Ahmad (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Ramanan Ramakrishnan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan); serta Dr Zulkifli Hasan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu bermula pukul 3 petang dang berlangsung selama 30 minit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button