Lelaki maut, empat cedera dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Pan Borneo
KUCHING – Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pan Borneo, laluan Bau-Lundu, semalam.
Mangsa, Chang Chun Jie, 26, yang memandu kereta KIA Forte disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 9 malam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kemalangan berlaku di selekoh ‘P Turn’ berhampiran Kampung Jugan dan turut membabitkan dua lagi kenderaan jenis Toyota Hilux dan Nissan Navara.
“Kemalangan melibatkan enam mangsa keseluruhan dengan seorang maut, empat cedera ringan manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.09 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau segera dikerahkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa yang maut tersepit dalam kenderaan sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








