JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Hang Lekir, Taman Industri Jaya, di sini lewat malam tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11 malam itu menggemparkan orang ramai apabila beberapa gambar mangsa dan kehadiran anggota polis di lokasi mula tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kes berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis sedang giat menyiasat untuk mengetahui motif dan punca kejadian,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Beliau berkata, maklumat lanjut termasuk identiti mangsa masih dalam siasatan dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Tinjauan di lokasi mendapati beberapa individu dilihat membersihkan kaki lima premis dan kawasan pusat hiburan terbabit, namun enggan memberikan sebarang komen kepada media.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button