JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditahan disyaki rogol remaja 18 tahun di Tawau

TAWAU – Seorang lelaki ditahan polis disyaki merogol seorang remaja perempuan selepas mangsa dibawa keluar dari sebuah pusat hiburan di Kawasan Kubota Central, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian itu pukul 12.29 tengah malam itu mangsa yang berumur 18 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan khayal dan lemah sebelum dibawa suspek menaiki kenderaan pacuan empat roda ke sebuah hotel.

“Mangsa bagaimanapun hanya menyedari dirinya dirogol ketika berada di hotel berkenaan sebelum membuat laporan polis pada malam hari yang sama.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau berjaya mengesan serta menahan suspek di Kampung Pukat, di sini, dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek berusia 28 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa khasnya supaya sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button