BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Akibat takut dimarahi ibu balik lewat, gadis reka cerita ‘disentuh’ pemandu e-hailing

ISKANDAR PUTERI – Akibat takut dimarahi ibu sebab pulang lewat ke rumah, seorang gadis sanggup mereka-reka cerita menjadi mangsa rogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii oleh pemandu e-hailing.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.27 pagi semalam daripada wanita itu yang mendakwa ‘diserang’ di dalam sebuah kereta di Jalan Pulai Perdana, Kangkar Pulai, kelmarin.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pengadu yang merupakan seorang wanita berusia 25 tahun, mereka-reka cerita rogol selepas dimarahi keluarganya kerana pulang lewat ke rumah.

“Polis mengesahkan insiden itu tidak pernah berlaku dan pemandu e-hailing yang disebut tidak terlibat dalam jenayah seperti yang didakwa.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu, apatah lagi dakwaan serius seperti rogol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perbuatan membuat laporan palsu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button