JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan khianat rumah ibadat

AMPANG – Tindakan seorang lelaki mencetuskan kekecohan di sebuah rumah ibadat di Kampung Baru Ampang membawa padah apabila dia ditahan polis selepas dipercayai melakukan perbuatan khianat, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu disedari seorang anggota RELA berusia 49 tahun yang bertugas mengawal keselamatan kuil berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, pengadu terdengar suara bising dari sebuah restoran dalam kawasan rumah ibadat sebelum menemui seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bercakap sendirian dalam keadaan tidak terkawal.

“Lelaki berkenaan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Ketika dinasihati supaya bertenang, dia tiba-tiba menolak tempat pembakaran colok hingga abu bertaburan di lantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengadu kemudian bertindak menahan suspek sebelum menghubungi polis.

Anggota dari Balai Polis Ampang tiba di lokasi kira-kira pukul 9.20 pagi dan menahan lelaki terbabit.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. Saringan air kencing pula menunjukkan positif methamphetamine dan amphetamine,” ujar Mohd. Azam.

Siasatan awal mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika kejadian.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button