BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Bakar kereta, diri sendiri hampir rentung

MELAKA – Cubaan seorang lelaki membakar dua kereta di Taman Bukit Katil Permai, semalam, memakan diri apabila motosikal ditunggangnya turut disambar api dalam kejadian tengah hari itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial sejak petang semalam memaparkan aksi berani suspek yang lengkap berhelmet dan berpakaian serba hitam mencurahkan cecair dipercayai petrol ke atas dua kereta Perodua Axia dan Bezza yang diparkir di garaj rumah mangsa.

Motosikal yang dinaiki suspek bagaimanapun turut disambar api menyebabkan dia terpaksa melarikan diri dalam keadaan panik sebelum meninggalkan kenderaan itu di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Balai Polis Kandang pada pukul 2.29 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 1.38 tengah hari. Dua kereta hangus terbakar manakala rumah mangsa juga mengalami kerosakan.

“Tiada saksi ketika kejadian kecuali rakaman CCTV yang diperoleh mangsa. Suspek masih dikesan dan jumlah kerugian belum dipastikan,” katanya memetik laporan Buletin TV3

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button