JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki cuba samun kedai emas mati ditembak

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang bersenjata objek tajam, cedera parah selepas ditembak ketika cuba menyamun sebuah kedai emas, di sini pagi tadi.

Suspek yang cedera parah kemudiannya dihantar ke hospital namun disahka meninggal dunia.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika suspek yang dipercayai menaiki motosikal datang ke kedai emas berkenaan yang baru dibuka dan masih belum mempunyai pelanggan.

Suspek kemudiannya dipercayai bergelut dengan seorang pengawal keselamatan sebelum seorang lagi pengawal keselamatan lain yang menyedari rakannya dicederakan melepaskan dua das tembakan ke arah suspek.

Tiada kehilangan barang kemas direkodkan.

Setakat ini, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button