JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki campak anak saudara ke sungai direman tujuh hari

KOTA TINGGI – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mencampak anak saudaranya berusia lima tahun ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili, di sini semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Hafizah Abdul Rajak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek dibawa ke mahkamah selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.30 pagi.

BACA JUGA:
Kanak-kanak maut dicampak bapa saudara ke sungai
Rasa tidak sedap hati nenek bawa kepada penemuan jasad cucu

Menurutnya, laporan dibuat selepas suspek dipercayai mengamuk sambil membawa parang sebelum mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun di kawasan berkenaan.

“Polis terima laporan berkenaan kejadian seorang lelaki tempatan telah mengamuk dengan bersenjatakan parang dan mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun.

“Sebelum itu, suspek dipercayai telah mencampak seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ke dalam sungai sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemukan tidak bernyawa di kawasan sungai berhampiran rumah mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button