Lelaki Bosnia kibar Jalur Gemilang sambut pelancong Malaysia di Sarajevo
KUALA LUMPUR – Aksi spontan seorang lelaki warga Bosnia yang mengibarkan Jalur Gemilang sebaik menyedari kehadiran pelancong dari Malaysia di Sarajevo mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi satu perkongsian video di Threads oleh pengguna akaun @symrsmdi_, lelaki berkenaan dilihat teruja ketika mengibarkan bendera Malaysia di hadapan kedainya sejurus melihat rombongan pelancong tersebut melalui kawasan berkenaan.
“Comel saja pak cik Bosnia ni kibarkan bendera Malaysia. Macam tahu-tahu saja kita orang Malaysia.
“Kalau singgah Sarajevo, Bosnia, jangan lupa singgah kedai pak cik ni,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya terharu dengan sikap mesra lelaki berkenaan, selain ada yang turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika berkunjung ke negara itu.

Seorang pengguna, Munzir berkata, lelaki terbabit sememangnya terkenal sebagai seorang yang ramah dan mampu mengenali pelancong dari Malaysia dari jauh.
“Pak cik ni memang mesra dan dia boleh kenal orang Malaysia dari jauh,” katanya.
Sementara itu, Mizan Wahidi pula berkongsi, lelaki berkenaan pernah melalui detik pahit perang Bosnia antara 1991 hingga 1996 dan mengetahui peranan Malaysia, khususnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membantu Bosnia ketika konflik tersebut.
“Dia sudah merasa perang Bosnia 1991 hingga 1996 dan tahu Malaysia dan Tun Mahathir banyak membantu Bosnia ketika itu,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







