BERITA SEMASA

Lebih 5,000 peluang kerja ditawar sempena Hari TVET Negara

BANTING – Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2024 menawarkan lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, peluang pekerjaan itu ditawarkan kepada pelajar lepasan TVET dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Hari ini terdapat lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan. Di sini sahaja, lebih 3,000 manakala cara dalam talian ada lebih 2,000.

“Kita harap pengunjung ini antaranya ialah Iepasan TVET terutamanya dan lepasan SPM. Kita tahu peluang untuk lanjut pelajaran dalam bidang teknikal ini tidak perlu keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.

Ahmad Zahid Hamidi pada hari pertama sambutan Hari TVET Negara 2024 yang diadakan di ILP Kuala Langat, Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sambutan Hari TVET Negara 2024 yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, di sini hari ini.

Katanya, majlis tersebut melibatkan sebanyak 48 pempamer yang menawarkan kursus yang pelbagai.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil kesempatan memasuki program TVET.

Jelas beliau, ia menjanjikan pekerjaan dan peluang gaji yang lebih tinggi.

“Saya merasakan bahawa kita harus mengikuti negara maju lain di mana TVET adalah pilihan utama,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button