Layanan mesra, juruwang Lotus’s terima penghargaan
KUALA LUMPUR – Seorang juruwang pasar raya Lotus’s mendapat pujian ramai selepas videonya melayan pelanggan dengan penuh mesra tular di media sosial.
Menurut laporan Perak Press, staf bernama Sunithaj Moorthy itu tetap tersenyum dan ramah meskipun berdepan orang ramai yang hadir membuat tuntutan pembelian melalui kaedah SARA minggu lalu.

Keikhlasan itu akhirnya membawa tuah apabila beliau menerima sijil penghargaan dan baucar hadiah daripada pihak pengurusan pasar raya sebagai tanda terima kasih.
Sikap positif Sunithaj bukan sahaja menceriakan pelanggan, malah turut menjadi inspirasi kepada rakan sekerja serta masyarakat.
Malah, ruangan komen turut dipenuhi kata-kata semangat dari netizen.
“Alhamdulillah, bila kita kerja dengan ikhlas Allah nampak dan kuasa viral dia dihargai pihak syarikat,” komen Rashidah Cheong.
“Khidmat pelanggan adalah asas kemajuan perniagaan. Pentingkan pelanggan dahulu. Senyuman, ucapkan selamat pagi atau petang. Jumpa lagi, terima kasih cara orang Malaysia. Pasti berjaya,” tulis Saraves Waran pula.
“Semalam dapat jumpa dia. Cantik, beradab, minta izin pegang phone sebab nak scan barcode member. Tahniah,” kata Aiman Iman.
Hingga kini, hantaran tersebut berjaya meraih 20,000 reaksi, 1,100 komen dan 832 perkongsian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








