LUAR NEGARA

Laporan awal nahas Air India dijangka didedahkan Jumaat ini

NEW DELHI – Laporan awal mengenai nahas pesawat Air India yang mengorbankan 260 nyawa bulan lalu dijangka didedahkan kepada umum Jumaat ini.

Bagaimanapun, menurut Reuters yang memetik sumber, rancangan mengenai pendedahan itu mungkin berubah sambil tiada kepastian mengenai berapa banyak maklumat yang akan dilepaskan kepada umum.

Laporan awal itu mungkin akan dapat memberikan gambaran awal mengenai bencana penerbangan terburuk di dunia dalam tempoh sedekad, kata tiga sumber semalam.

Terdahulu, agensi berita ANI India melaporkan semalam, penyiasat AAIB sudah menyerahkan laporan awal mengenai nahas itu kepada kementerian penerbangan awam, memetik sumber.

Desas desus bagaimanapun menyebut, siasatan insiden menghadapi pelbagai persoalan mengenai kekurangan maklumat, selepas penyiasat mengambil masa kira-kira dua minggu untuk memuat turun data perakam penerbangan selepas nahas.

Kerajaan India hanya mengadakan satu sidang akhbar mengenai insiden itu, dan tiada soalan dibenarkan.

Dalam kejadian 12 Jun lalu itu, pesawat Boeing 787 Dreamliner yang menuju ke London itu terhempas beberapa saat selepas berlepas dari Ahmedabad, mengorbankan 241 daripada 242 orang di dalam pesawat serta mangsa di darat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button