India arah syarikat penerbangan periksa suis bahan api pesawat Boeing
NEW DELHI – Pihak berkuasa India mengarahkan syarikat penerbangan negara itu untuk memeriksa suis bahan api pada beberapa model pesawat Boeing.
Tindakan itu susulan laporan awal nahas Air India yang mengorbankan 260 nyawa bulan lalu, mendapati suis itu hampir serentak beralih dari posisi ‘run’ ke ‘cut off’ sejurus pesawat berlepas, lapor al-Jazeera.
Laporan itu turut merujuk nasihat FAA pada 2018 yang mencadangkan pengendali beberapa model Boeing termasuk 787 untuk memeriksa ciri penguncian suis bahan api bagi memastikan ia tidak boleh dialihkan secara tidak sengaja.
Susulan itu, beberapa syarikat penerbangan seluruh dunia juga sedang mempertimbangkan atau telah memulakan pemeriksaan sendiri.
Pada hujung minggu lalu, Air India Group mula memeriksa mekanisme kunci suis bahan api pada pesawat Boeing 787 dan 737 miliknya.
Namun menurut sumber, tiada sebarang masalah ditemukan pada mekanisme berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






