LUAR NEGARA

Nahas Air India: Seorang penumpang terselamat, digelar ‘the walking miracle’

AHMEDABAD – Seorang penumpang pesawat Air India, Ramesh Vishwaskumar Bucharvada, dilaporkan satu-satunya individu yang terselamat dalam nahas udara di sini, hari ini.

Warga Britain berusia 38 tahun itu dilaporkan duduk di kerusi bernombor 11A sempat melompat keluar dari pesawat AI171 ketika nahas berlaku, memetik laporan Astro Awani.

Terdahulu media melaporkan tiada seorang pun penumpang atau kru pesawat tersebut yang terselamat.

Dalam pada itu Komisioner Polis, G.S.Malik dilaporkan berkata, pihak polis berjumpa dengan Ramesh di sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ramesh menjadi satu-satunya individu yang terselamat dalam nahas itu.

“Tidak dapat dikenal pasti buat masa ini, jumlah kematian yang sebenar. Jumlah mungkin akan meningkat kerana pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan,” kata Malik.

Kerusi bernombor 11A dalam pesawat Air India 787-8 Dreamliners terletak di barisan hadapan kelas ekonomi kabin.

Kerusi bersebelahan tingkap pesawat itu terletak di sebelah kanan dan dua barisan ke hadapan sayap pesawat.

Sementara itu Smstesen televisyen NDTV turut melaporkan perkembangan terbaharu ini dan menggelar lelaki berkenaan, ‘the walking miracle’.

Pesawat Air India itu terhempas pada jam 1.38 tengah hari sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmadebad, India .

Pesawat itu turut merempuh sebuah asrama perubatan, Kolej Perubatan B.J. yang terletak berdekatan lapangan terbang itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button