LUAR NEGARA

Lapan maut, 138 selamat dalam nahas feri di Filipina terkorban manakala 138

MANILA – Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah feri yang membawa 342 penumpang karam di selatan Filipina, pagi tadi.

Datuk Bandar wilayah Basilan, Arsina Laja Kahing-Nanoh, mengesahkan kematian melibatkan insiden feri M/V Trisha Kerstin 3 itu, sambil memaklumkan operasi menyelamat masih diteruskan, menerusi satu hantaran di Facebook.

Pasukan penyelamat membantu mangsa terselamat selepas sebuah kapal penumpang yang membawa lebih 300 orang karam di perairan Pulau Basilan, awal pagi Isnin.[Tangkap layar daripada video yang dimuat naik di Facebook oleh Gabenor Basilan, Mujiv Hataman]
Pasukan penyelamat membantu mangsa terselamat selepas sebuah kapal penumpang yang membawa lebih 300 orang karam di perairan Pulau Basilan, awal pagi Isnin.
[Tangkap layar daripada video yang dimuat naik di Facebook oleh Gabenor Basilan, Mujiv Hataman]
Pegawai kecemasan Basilan, Ronalyn Perez berkata, cabaran utama ketika ini adalah jumlah mangsa yang ramai dan kekurangan kakitangan perubatan untuk menangani kecemasan.

“Buat masa ini, sekurang-kurangnya 138 penumpang telah diselamatkan, manakala 18 orang lagi terpaksa dipindahkan ke hospital tempatan lain untuk rawatan lanjut,” memetik Kosmo online.

Menurut beliau, feri berkenaan sedang dalam perjalanan dari Bandar Zamboanga menuju Pulau Jolo ketika nahas berlaku, namun punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan sama, Pengawal Pantai Filipina memaklumkan pihaknya sedang giat menyelaras bantuan bersama stesen di selatan Mindanao bagi mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.

Filipina, sebuah negara kepulauan dengan lebih 116 juta penduduk, mempunyai rekod panjang melibatkan kemalangan feri.

Pada 2023, lebih 30 orang terkorban selepas sebuah feri terbakar di selatan negara itu.

Operasi mencari dan menyelamat dijangka diteruskan bagi memastikan semua penumpang feri terbabit dapat dikesan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button