Lapan individu termasuk kakitangan bank, pelajar didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang
BUTTERWORTH – Seorang kakitangan bank dan seorang pelajar antara lapan individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Adik Labu Besar’ tahun lalu.
Kesemua tertuduh iaitu Nur Alya Nadhira Che Hassan, 22; Nurul Natasha Mohammad Shukri, 23; Muhamad Samerin Shahrom, 35; Mohamed Aizat Rosmadi, 28; Aizal Abuk Bakar, 23; Mohammad Zaini Yusoff, 27; Muhammad Azizi Abd Ghafar, 22; dan Muhamad Fitri Abdul Karim, 31, mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Adik Labu Besar’ antara Mac hingga 16 Oktober 2025, memetik laporan Sinar Online.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah apartmen Vista Perdana di Jalan Kampung Gajah, Kampung Gajah, di sini.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, V Suloshani dan Maryam Jamielah Ab Manaf.
Nurul Natasha diwakili peguam Manjit Singh Mann, manakala tujuh lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








