LUAR NEGARA

Lamine Yamal raih pujian kibar bendera Palestin ketika sambutan La Liga

BARCELONA – Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal menerima pujian ramai peminat bola sepak selepas dilihat mengibarkan bendera Palestin ketika sambutan kejayaan FC Barcelona menjulang kejuaraan La Liga.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial semalam menunjukkan pemain berusia 18 tahun itu mengibarkan bendera Palestin dari atas bas terbuka pasukan sambil disambut sorakan ribuan penyokong di jalan-jalan sekitar Barcelona.

Puluhan ribu penyokong membanjiri bandar raya itu bagi meraikan kejayaan Barcelona menjuarai La Liga buat kali ke-29.

Kelab gergasi Catalan tersebut mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan seteru tradisi, Real Madrid 2-0 dalam aksi El Clasico kelmarin.

Tindakan Yamal itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang memuji solidariti beliau terhadap rakyat Palestin di tengah konflik berterusan di Gaza.

Sejak tercetusnya perang di Gaza pada Oktober 2023, bandar Barcelona menjadi antara pusat utama gerakan solidariti pro-Palestin di Sepanyol.

Bandar itu juga kerap menjadi lokasi himpunan besar menyokong Palestin selain menjadi titik pelepasan flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button