Kumpulan lelaki dirakam ‘ganggu’ penyu mahu bertelur
KUANTAN – Sekumpulan lelaki dirakam mengangkat seekor penyu yang dipercayai sedang mendarat untuk bertelur di sebuah pantai, baru-baru ini.
Rakaman video berdurasi lebih dua minit tersebut menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Lokasi kejadian tidak didedahkan, namun dipercayai berlaku di Pantai Cherating di sini.
Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa setakat ini berhubung lokasi dan tarikh sebenar kejadian.
Video tersebut menunjukkan, tiga lelaki yang berada di kawasan berpasir sambil mengangkat reptilia tersebut walaupun ditegur beberapa pengunjung lain.
Tindakan kumpulan mengganggu haiwan dilindungi itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan boleh menjejaskan usaha pemuliharaan penyu di negara ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








