JENAYAH & MAHKAMAH

Kumpulan lelaki didakwa terlibat aktiviti songsang tampil beri keterangan – Menteri Agama

PUTRAJAYA – Lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti songsang di sebuah kelab kesihatan di ibu negara, Jumaat lalu, tampil memberi keterangan dan dirakam percakapan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, rakaman percakapan Orang Yang Disyaki (OYDS) itu dilaksanakan berdasarkan Seksyen 59, Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) [Akta560] 1997.

“JAWI sudah selesai mengadakan siasatan terhadap individu yang disyaki bagi tujuan siasatan berkaitan Seksyen 25 (Liwat), Seksyen 29 (Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam) dan Seksyen 47 (Percubaan) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, OYDS yang hadir memberikan kerjasama yang baik ketika sesi rakaman percakapan diadakan.

“Seterusnya, rakaman percakapan saksi pula akan dibuat dalam masa terdekat untuk mengumpulkan maklumat dan keterangan bagi menyokong keterangan mereka,” katanya.

Mohd Na’im pada masa yang sama turut menyeru semua pihak supaya tidak sekali-kali memandang remeh terhadap gejala keruntuhan moral

Beliau turut menambah, isu itu jika dibiarkan mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara.

“Institusi dakwah perlu memperhebat usaha penerangan tentang kefahaman Islam yang murni kepada masyarakat,” katanya.

Laporan media Jumaat lepas menyebut, 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut membabitkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button