BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kuasa besar amal undang-undang rimba, gesa daulat undang-undang antarabangsa – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kuasa besar dunia ketika ini menguasai landskap geopolitik dunia dengan mempraktikkan ‘undang-undang rimba’ selain mengabaikan peraturan antarabangsa demi kepentingan sendiri.

Beliau menegaskan keperluan mendesak untuk menegakkan kedaulatan undang-undang di peringkat antarabangsa yang kini dilihat semakin terhakis.

Justeru menurutnya, prinsip tersebut tidak boleh dilaksanakan secara terpilih kerana kredibilitinya bergantung kepada konsistensi dalam pelaksanaan.

“‘Kedaulatan undang-undang dalam hubungan antarabangsa tidak boleh dilaksanakan secara terpilih. Kredibilitinya bergantung kepada konsistensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Commonwealth Legal Education Association 2026 di Universiti Malaya, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said serta Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Persidangan tersebut menghimpunkan pakar serta pengamal undang-undang dari seluruh Komanwel bagi membincangkan hala tuju pendidikan dan profesion guaman menjelang dekad akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button