KPN peruntuk RM3.2 juta perkukuh keselamatan dan ketahanan komuniti
PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta pada tahun ini bagi memperkukuh keselamatan dan ketahanan komuniti.
Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, peruntukan di bawah ‘Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif’ itu digunakan bagi pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan Skim Ronda Sukarela (SRS) di seluruh negara.
“Melalui pemerkasaan SRS, kementerian mensasarkan kekerapan aktiviti kawalan dan rondaan SRS terutama dalam kalangan golongan muda akan dapat dipertingkat.
“KPN melalui JPNIN telah merangka hala tuju baharu iaitu ‘Meremajakan SRS’ bertujuan melonjakkan peranan SRS sebagai entiti yang penting di peringkat komuniti dalam memastikan kesejahteraan, keselamatan dan ketahanan komuniti,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Program Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda SRS Bersepadu Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) P14H, Presint 14, hari ini.
Sehingga Jun 2024, sebanyak 5,409 SRS telah ditubuhkan di seluruh negara dengan keanggotaan seramai hampir 100,000 orang.
Bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya pula, terdapat sebanyak 30 SRS dan 56 KRT telah diwujudkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








