KPN buat laporan hantaran rasis kepada MCMC
PUTRAJAYA – Pejabat Menteri Perpaduan Negara telah mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran kenyataan berunsur rasis dan provokatif di platform media sosial X.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menegaskan bahawa pihaknya memandang serius isu tersebut dan menggesa tindakan diambil terhadap individu terbabit mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kami berpegang teguh kepada prinsip perpaduan nasional dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menggesa orang ramai untuk lebih beretika dalam penggunaan media sosial dan menolak sebarang bentuk ekstremisme, fitnah serta provokasi yang boleh mengancam keselamatan negara.
Sebelum itu, dua hantaran di platform X oleh pengguna @AmirRidhwann pada 5 dan 26 Mac menarik perhatian selepas didakwa mengandungi unsur provokasi dan berbaur perkauman terhadap masyarakat India.
Namun, semakan terkini mendapati hantaran tersebut telah dipadam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








