Konflik Asia Barat: Usaha diplomatik masih diteruskan
TEHRAN – Ketua tentera Pakistan tiba di Tehran, semalam ketika usaha diplomatik bagi menamatkan perang di Asia Barat semakin giat dijalankan.
AFP yang meemtik kenyataan Tentera Pakistan sebagai berkata, Field Marshal Asim Munir “tiba di Teheran sebagai sebahagian daripada usaha pengantaraan yang sedang berlangsung”.
Ketibaan beliau disambut Menteri Dalam Negeri Iran, Eskandar Momeni, dan rakan sejawatannya dari Pakistan, Mohsin Naqvi.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, Tehran tetap meneruskan proses diplomatik walaupun berdepan apa yang disifatkannya sebagai “pengkhianatan berulang terhadap diplomasi” oleh Amerika Syarikat (AS) dan “pencerobohan ketenteraan terhadap Iran”, menurut agensi berita Tasnim.
“Walaupun mempunyai rasa curiga yang kuat terhadap AS, Iran memasuki proses diplomatik ini dengan pendekatan bertanggungjawab dan penuh kesungguhan serta berusaha mencapai hasil yang munasabah dan adil,” kata Araghchi.
Rundingan selama beberapa minggu sejak gencatan senjata bermula 8 April lalu, masih gagal menghasilkan perjanjian kekal atau memulihkan akses penuh ke Selat Hormuz.
Presiden Donald Trump menyifatkan rundingan yang turun naik minggu ini berada di “garisan sempadan” antara mencapai perjanjian atau menyaksikan serangan baharu.
Trump semalam berkata, beliau akan terlepas majlis perkahwinan anak lelakinya hujung minggu ini disebabkan “keadaan berkaitan urusan kerajaan”, ketika Axios dan CBS News melaporkan Rumah Putih sedang mempertimbangkan serangan, walaupun kedua-duanya menambah keputusan muktamad masih belum dibuat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








