BERITA SEMASA

Perancis iktiraf Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat – Zambry

CYBERJAYA – Kerajaan Perancis mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat sebagaimana digariskan di bawah undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Ahmad Zambry Kadir berkata perkara tersebut ditekankan oleh Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna dalam pertemuan mereka pada Jumaat.

Kata Zambry, Colonna dengan jelas menzahirkan pengiktirafan dan pendirian Kerajaan Perancis berhubung kedaulatan, keutuhan wilayah Malaysia berdasarkan sempadan yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa.

“Kedua-dua kami telah bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan, termasuk usaha meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Perancis serta isu-isu serantau dan antarabangsa.

“(Ini termasuk) Usaha ke arah meningkatkan lagi jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Perancis, terutamanya dalam sektor berkepentingan bersama seperti pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan, kesihatan dan pelbagai lagi,” kata Zambry dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Beliau menambah, Malaysia turut menyuarakan pandangan terhadap isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama supaya kedua-dua buah negara mampu memainkan peranan yang penting di platform multilateral, dalam memastikan kestabilan,keselamatan rantau kekal terpelihara, khususnya yang berkaitan rantau Indo-pasifik, Laut China Selatan dan ASEAN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button