BERITA SEMASA

‘Kita bantu siapa sahaja mahu peluk Islam’ – Firdaus Wong

CYBERJAYA – Pendakwah, Firdaus Wong berkata, pihaknya akan membantu sesiapa sahaja yang ingin memeluk Islam dan tidak mempersoalkan keikhlasan dan tujuan mereka berbuat demikian.

Hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya itu dipercayai bagi menjawab kecaman netizen mengenai hantaran dibuat beliau sebelum ini mengenai pengislaman individu yang dituduh di mahkamah hari ini kerana menghina dan memijak al-Quran.

“Siapa yang ingin memeluk Islam, kami jadi bantu. Tidak mempersoalkan keikhlasan mereka dan tujuan mereka. Itu hak mereka.

“Selepas syahadah adakah dia mendaftarkan pengslamannya atau belajar di mana-mana?

“Tidak pasti kerana kami hanya boleh menyediakan kelas percuma dan menasihati muallaf untuk mendaftarkan pengIslaman mereka tetapi tidak boleh memaksa mereka,” kata Firdaus dalam hantaran tersebut.

Tambah Firdaus, pihaknya hanya akan mengetahui perkembangan individu itu apabila mereka muncul sendiri apabila berhadapan dengan masalah, muncul di media kerana perlukan bantuan atau apabila mereka meninggal dunia.

Sebagai rekod, Firdaus bergerak di bawah Multiracial Reverted Muslims (MRM) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada usaha dakwah dan kebajikan saudara baru (mualaf).

Mengenai pendakwaan yang dikenakan ke atas individu berkenaan, Firdaus berkata, status individu sebagai mualaf atau Muslim bukan alasan untuk diringankan hukuman.

“Sebagai Muslim, prinsip keadilan harus diperjuangan tanpa mengira agama, bangsa, mahupun politik.

“Sebagaimana anda marah dan terkejut, apatah lagi saya yang pernah berinteraksi dengannya. Saya jauh terkejut dengan tindakannya kerana selepas saya menghadiakan al-Quran kepada dia sebagaimana permintaannya, dia nampak begitu teruja, memeluk dan berjanji akan menjaganya dengan baik.

“Adakah dia mengalami tekanan emosi? Sakit mental? Sejujurnya saya tak pasti. Saya juga mahukan jawapan,” kata Firdaus lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button