BERITA SEMASADALAM NEGERI

Ketupat, rendang dan keropok lekor antara barang ditemui di dalam bas nahas di Gerik

GERIK – Makanan tradisi hari raya iaitu ketupat palas, rendang dan keropok lekor menjadi antara barang ditemui dalam bas sewa khas sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat nahas awal pagi tadi.

Bungkusan makanan tersebut dilihat masih elok terikat dan dipercayai dikirim keluarga mangsa untuk dibawa pulang ke kampus mereka.

Kejadian yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak itu telah meragut nyawa 14 pelajar UPSI dan seorang kelindan bas.

BACA : Nahas bas UPSI: Kerajaan Terengganu salur bantuan kepada keluarga mangsa

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, keadaan lokasi kejadian yang terletak berhampiran Tasik Banding itu agak berliku dan gelap yang boleh menyebabkan kemalangan.

Katanya, buat masa ini polis masih menjalankan siasatan menjurus sama ada melibatkan kecuaian manusia atau masalah teknikal.

“Terdapat 42 penumpang bersama seorang pemandu dan kelindan di dalam bas itu. Kesemua pelajar itu berasal dari Pantai Timur berusia antara 21 hingga 23 tahun,” katanya ketika sidang media di Ipoh.

Tambah beliau, bas yang didaftarkan di Kedah itu bergerak dari Jerteh, Terengganu pada pukul 9 malam tadi.

“Proses bedah siasat juga dijangka akan mengambil masa lama untuk selesai kerana melibatkan jumlah kematian yang ramai,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button