BERITA SEMASA

Kesilapan pasang Jalur Gemilang terbalik berpunca daripada pekerja OKU – ADUN Lukut

SEREMBAN – Isu pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson, baru-baru ini adalah disebabkan kesilapan pekerja am sekolah yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata demikian pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15, di sini hari ini.

BACA JUGA:
Jalur Gemilang terbalik: SJKC Chung Hua kesal, mohon maaf atas kecuaian
Kibaran Jalur Gemilang perlu ikut tatacara betul, elak salah faham

“Mohon mencelah sedikit, sedikit boleh, saya yang turun sendiri ketika berlaku, hal ini berlaku sebab pihak guru besar libatkan seorang pekerja. Pekerja ni OKU akal (mental) kurang sikit, dia OKU.

“Dia yang pergi pasang sekitar sana. Dia pakai bendera yang lama, dia pasang pun terbalik. Selepas dimaklumkan orang ramai benda (bendera) itu telah diturunkan. Ia bukan disengajakan.

“Saya rasa ni satu kesilapan yang sedikit dan saya rasa boleh dimaafkan. Datuk Yang Dipertua (Yang Dipertua DUN, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman) saya harap isu ini tidak diviralkan lagi sebab saya sendiri yang turun pergi selaraskan isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, kata Ken Hwa, perkara itu tidak perlu lagi diperbesarkan dan pada hari kejadian, beliau menyelaras antara ahli Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah yang terlibat.

Laporan media sebelum ini menyebut, sekolah berkenaan, SJKC Chung Hua sudah memohon maaf kepada seluruh masyarakat kerana kesilapan memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sekolah terbabit pada 1 Ogos lalu.

Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah dalam kenyataan mereka turut menyatakan kekesalan atas insiden tersebut dan memaklumkan bahawa kesilapan telah pun dibetulkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button