BERITA SEMASA

Kes Pak Mail: JKM pantau kebajikan warga emas, keluarga ambil tanggungjawab penjagaan

PASIR MAS – Kebajikan seorang warga emas dikenali sebagai Pak Mail, 79, yang tular di media sosial semalam, kini berada dalam keadaan terkawal apabila beberapa tindakan susulan telah dan sedang diambil oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kesejahteraan beliau terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad berkata, Pak Mail telah menerima rawatan di Hospital Pasir Mas dan kini berada di bawah jagaan ahli keluarganya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad. – Foto Facebook

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menjalankan pemantauan setiap hari selama seminggu serta meneruskan pemantauan lanjut mengikut keperluan dan penilaian profesional.

“Pemantauan ini turut melibatkan kerjasama dengan pihak hospital bagi menilai tahap kesihatan Pak Mail secara menyeluruh termasuk aspek kesihatan mental, memandangkan faktor usia serta laporan berkaitan keadaan beliau sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zamakhshari berkata, keluarga Pak Mail telah menyatakan komitmen untuk menjaga warga emas berkenaan dengan lebih rapi di rumah salah seorang anaknya dan bersedia bekerjasama dengan semua pihak berkaitan.

“Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, bantuan yang bersesuaian akan dipertimbangkan mengikut prosedur sedia ada.

“Pihak berkuasa kebajikan sentiasa memandang serius setiap aduan dan maklumat yang diterima,” katanya.

BACA JUGA:

Warga emas uzur dikurung dalam bilik berlantaikan tanah: Aktivis doakan anak, cucu derhaka bertaubat

Kisah Pak Mail: Keluarga dakwa warga emas alami masalah mental, ADUN mohon henti buat andaian

Sehubungan itu, orang ramai diminta memberi ruang kepada proses pemantauan dan penilaian yang sedang berjalan serta mengelakkan sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan keadaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas keprihatinan yang ditunjukkan, sambil menggesa semua pihak agar terus mengutamakan pendekatan berhemah, berfakta dan penuh ihsan dalam menangani isu kebajikan melibatkan golongan warga emas.

Pak Mail Abbe Hae
Tangkap layar video yang dikongsi aktivis jalanan, Abbe Hae mengenai seorang warga emas dikenali sebagai Pak Mail yang diabaikan ahli keluarganya di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan. – Foto Facebook Abbe Hae

Terdahulu, media melaporkan kisah menyayat hati mengenai Pak Mail yang didakwa diabaikan ahli keluarganya sendiri apabila tinggal di dalam bilik berlantaikan tanah dan sampah di sebuah rumah di Kampung Repek, di sini.

Kisah itu didedahkan aktivis jalanan, Abbe Hae di media sosial beliau yang mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button