BERITA SEMASA

Kes kematian Zara Qairina tiada kaitan cucu TYT, isteri menteri

KUALA LUMPUR – Kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir, 13, tidak mempunyai kaitan dengan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri seperti didakwa sesetengah pihak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata dapatan itu adalah berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil.

Katanya, siasatan turut tidak menemui mangsa meninggal dunia akibat didera dalam mesin basuh.

“Siasatan kita menyeluruh dan terperinci. Kali pertama isu ini dibangkitkan oleh ahli Parlimen pada 30 Julai lalu, sudah timbul beberapa kenyataan seperti (pelaku) yang terbabit adalah cucu kepada TYT, pengetua adalah isteri menteri dan cara mati didera di mesin basuh.

“Keadaan sudah jadi toksik seperti itu sekali.

“Bagaimanapun, siasatan polis tidak menemui semua itu. Tiada hasil keterangan 195 saksi, tidak ada sama sekali,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button