JENAYAH & MAHKAMAH

Kes amang seksual remaja 16 tahun, penari bebas dihadapkan ke mahkamah

SEREMBAN – Seorang penari bebas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun pada tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Nazri Lanibi, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hakim Shahrul Rizal Majid.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii secara paksa terhadap mangsa di Grand Hotel, Pusat Konvensyen Kebangsaan China (CNCC), Beijing, pada pukul 12.30 tengah malam pada Jun 2025.

Tertuduh didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh di dapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada pukul 12.30 tengah malam di lokasi sama pada 20 dan 21 Jun 2025.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zul Azrin Zainuddin menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan, namun peguam Mohd. Hanif Hassan yang mewakili tertuduh merayu wang jaminan yang paling minimum dikenakan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Julai depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button