BERITA SEMASA

Kerja naik taraf Redline Lebuh Raya Pan Borneo hampir siap sepenuhnya

PUTRAJAYA – Kerja-kerja menaik taraf jajaran Redline Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak bagi Pakej WPC11 kini hampir siap sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja naik taraf melibatkan laluan Sungai Tangap ke Pujut Link Road itu kini berada pada tahap 99.98 peratus dijangka siap sepenuhnya 17 November depan.

“Seksyen Beluru telah pun siap lebih awal dan menerima Certificate of Practical Completion (CPC) pada 30 November 2024,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

pan borneo
Antara mercu kejayaan utama di bawah pakej tersebut ialah pembinaan Jambatan Viaduct di Seksyen Lambir sepanjang 301.2 meter dengan 10 bentang (spans) dan 88 cerucuk (bored piles) berdiameter 1,200 milimeter. – fb/Alexander Nanta Linggi

Jelas beliau, antara mercu kejayaan utama di bawah pakej tersebut ialah pembinaan Jambatan Viaduct di Seksyen Lambir sepanjang 301.2 meter dengan 10 bentang (spans) dan 88 cerucuk (bored piles) berdiameter 1,200 milimeter.

“Jambatan ini dibina hasil langkah penyelesaian kejuruteraan selepas berlakunya pergerakan tanah yang menyebabkan berlakunya kelewatan kepada pembinaan sepenuhnya LPB Sarawak,” ujarnya.

Menurutnya, jambatan bernilai lebih RM57 juta itu dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas 17 September lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button