Kereta jatuh lubang, seorang maut di Lahad Datu
LAHAD DATU – Seorang individu dipercayai meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaiki terjatuh ke dalam lubang besar, di sini hari ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Lahad Datu Info.
“Salam Jumaat. Detik yang tidak diduga. Seorang meninggal dunia selepas kenderaan terjatuh ke dalam lubang. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, turut dimuat naik beberapa gambar menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam terjatuh ke dalam lubang yang digenangi air.
Difahamkan tiada sebarang penutup lubang dilihat di lokasi kejadian.

Seorang pengguna media sosial, Bainan Najal Nasir berkata, itu bukan kes pertama di negeri itu.
“Ini rasanya kes yang kedua di Sabah berlaku kereta jatuh ke dalam lubang. Sebelum ini di Sandakan.
“Pemandunya meninggal juga dan waktu itu lubang dipenuhi dengan air.
“Pihak bomba terpaksa menyedut air keluar barulah dapat mengeluarkan jenazah,” komennya pada hantaran tersebut.
Tambah beliau, sepatutnya pihak berwajib mengutamakan keselamatan yang lebih meluas di setiap pembinaan lubang yang belum siap supaya di masa hadapan tidak berlaku lagi kejadian yang sama.
“Kenapa kontraktor tak buat penutup tu ya? Membahayakan pengguna jalan raya. Salam takziah,” tulis Rw Grill pula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








