JENAYAH & MAHKAMAH

13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu disabit bersalah bunuh rakan asrama

TAWAU – Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini mensabitkan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, di sini bersalah membunuh rakan sekolej mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan dalam kejadian tragis di asrama kolej berkenaan pada Mac tahun lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh yang berusia antara 16 hingga 19 tahun, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua pelajar terbabit didakwa bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu antara pukul 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2024.

Pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abdul Latif dan Ng Jhun Tao mengendalikan pendakwaan, manakala siasatan dilakukan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Lahad Datu, Asisten Superintendan Suddin Tjinke.

Kesemua tertuduh diwakili oleh beberapa firma guaman termasuk Ram Singh Harbans & Co, LCZ Law Firm, Johari, Zelika & Amin, Vivian Thien & Associates, Kang Advocates, Kusni & Komariah, serta Chang & Kamarudin.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman sehingga 28 Ogos ini sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum keputusan akhir dibuat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button