KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya mengkaji harga siling rumah sewa yang membebankan mahasiswa institusi pengajian tinggi.
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sebagai langkah permulaan, pihaknya akan membuat libat urus bersama wakil majlis belia, wakil universiti, kerajaan serta wakil swasta bagi menjayakan cadangan itu.
“Ia boleh dilaksanakan dengan kajian mendalam. Ia pun sudah dilaksanakan di Australia, Jerman, Perancis maka saya berpercaya boleh dilaksanakan di Malaysia,” katanya menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Beliau berkata, mahasiswa tidak wajar dilayan sedemikian hingga terpaksa mengikat perut dan terpaksa tinggal berhimpit kerana dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








