BERITA SEMASA

Kerajaan di fasa akhir perhalusi kriteria kelayakan, pelaksanaan subsidi RON95

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang dalam fasa akhir bagi memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan subsidi RON95.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, proses tersebut melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk pengusaha stesen minyak.

Beliau berkata, antara perkara yang diuji termasuk penggunaan MyKad, e-dompet dan aplikasi syarikat minyak bagi memastikan ikhtiar penyasaran subsidi dilaksana secara efisyen tanpa merumitkan rakyat.

“Mekanisme MyKad ini digunakan dengan memasukkan MyKad ke terminal pembaca MyKad yang disediakan oleh kerajaan.

“Terminal tersebut akan berhubung dengan pangkalan data pusat kerajaan bagi menentukan kelayakan dan kuota. Jika layak, rakyat boleh membeli RON95 dengan harga subsidi RM1.99 sen seliter dan sekiranya tidak, pembayaran dibuat mengikut harga dipam tanpa subsidi,” katanya.

Amir Hamzah berkata demikian pada Sesi Kamar Khas di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga giat bekerjasama dengan syarikat minyak bagi mengkaji penyediaan pilihan kepada pengguna termasuk opsyen membeli minyak bersubsidi di pam tanpa perlu ke kaunter pembayaran.

“… menggunakan aplikasi syarikat minyak demi memastikan proses berjalan lancar dan mengelak sebarang kesesakan di stesen minyak,” katanya.

Beliau kemudiannya menambah, buat masa ini, kriteria penerima subsidi RON95 masih belum dimuktamadkan.

“Mengambil kira penggunaan RON95 oleh rakyat biasa yang jauh lebih meluas berbanding diesel, adalah wajar pendekatan lebih terangkum diambil dalam menentukan golongan yang layak untuk subsidi ini.

“Ramai guna RON95 ulang alik ke tempat kerja dan kerajaan akan memastikan pengguna biasa tidak terbeban dengan penyasaran subsidi ini nanti. Kerajaan juga kekal untuk terus merancang penyasaran subsidi RON95 dengan perincian lanjut bakal diumumkan menjelang akhir tahun ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button