BERITA SEMASA

[VIDEO] Kerajaan akan bina 186 NADI di seluruh negara

38 NADI dibangunkan di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membangunkan 186 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu di seluruh negara termasuk 38 buah di Pulau Pinang pada tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, pertambahan di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI tersebut akan menjadikan jumlah NADI di seluruh negara kepada 1,097 buah, termasuk 41 di Pulau Pinang.

@malaysiatribune

pertambahan ITU akan menjadikan jumlah NADI di seluruh negara 1,097 buah, termasuk 41 di Pualau Pinang. NADI #SKMM #MCMC #KEMENTERIANKOMUNIKASI #TEONIECHING

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Selain kemudahan capaian internet, pelbagai kursus dan latihan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan keusahawanan turut disediakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kendiri serta memperkasakan pembangunan sosioekonomi komuniti setempat.

“NADI turut berperanan sebagai pusat penyampaian maklumat mengenai inisiatif serta bantuan kerajaan kepada golongan sasar di kawasan luar bandar,” kata Nie Cheng di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Dr. RA Lingeshwaran mengenai mengapa hanya terdapat tiga buah NADI di Pulau Pinang dan strategi kementerian bagi meningkat jumlah pusat tersebut.

Katanya, kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini telah mendirikan tiga NADI [sebelum ini dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi)] di seluruh Pulau Pinang.

Kesemua tiga NADI yang sedang beroperasi ini menyediakan capaian internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

“(Diharapkan pertambahan ini) akan membantu lebih ramai rakyat di Pulau Pinang untuk memanfaatkan liputan internet dan menggalakkan mereka untuk turut serta dalam aktiviti memperkasakan sosioekonomi selaras dengan konsep Malaysia Madani,” kata Nie Ching lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button