Keputusan SPM 2024 diumum 24 April ini
PUTRAJAYA — Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 akan diumumkan pada hari Khamis minggu depan, 24 April 2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Menurut KPM, pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula pukul 10 pagi pada hari pengumuman.
Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar menerusi pos atau boleh diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Kementerian turut mengingatkan pihak sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dijalankan secara cekap dan teratur bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Selain melalui sekolah dan pos, calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui portal rasmi di pautan myresultspm.moe.gov.my yang akan diaktifkan bermula pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025.
Portal ini akan terus dibuka sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025.
Sebagai alternatif, calon juga boleh mendapatkan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip format SPMNoKPAngkaGiliran dan menghantar mesej tersebut ke nombor 15888.
Sistem SMS in akan diaktifkan bermula pada hari yang sama dan akan beroperasi sehingga 30 April 2025.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon SPM Tahun 2024. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








