BERITA SEMASA

JPA tawar 8,054 slot Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

KUALA LUMPUR – Seramai 8,054 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma menerusi Program Dermasiswa B40 yang ditawarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini.

Keputusan penajaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 boleh disemak melalui Portal Penajaan JPA di https://penajaan.jpa.gov.my sehingga pukul 5 petang, 22 Oktober ini.

JPA dalam kenyataan memaklumkan, penajaan berkenaan meliputi pengajian di universiti awam (UA), politeknik, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Menurut JPA, bidang yang ditaja di UA dan politeknik merangkumi kejuruteraan dan teknikal atau teknologi, sains, sains sosial atau sastera serta seni bina. Bagi institusi TVET MARA dan ILKA pula, penajaan melibatkan program diploma dalam bidang TVET.

“Biasiswa B40 yang diperkenalkan sejak 2016 ialah inisiatif penajaan kerajaan berbentuk dermasiswa bagi meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga.

“Ia sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran serta pembangunan kemahiran,” katanya.

JPA berkata, pemilihan penerima dibuat berdasarkan pencapaian akademik, latar belakang sosioekonomi serta pematuhan terhadap syarat kelayakan dan bidang pengajian yang ditetapkan.

Penilaian itu bertujuan memastikan bantuan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria serta memerlukan sokongan kewangan untuk meneruskan pengajian.

Selain itu, tumpuan kepada bidang yang mempunyai prospek kebolehpasaran tinggi turut menyokong usaha melahirkan graduan berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button