Kenaikan tarif elektrik hanya libatkan 1 peratus pengguna domestik
KUALA LUMPUR – Hanya satu peratus daripada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dijangka terjejas dengan pelarasan tarif elektrik terbaharu yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.
Kategori tersebut adalah bagi mereka yang menggunakan elektrik melebihi kadar 1,500 kWj atau bersamaan anggaran minimum bil elektrik RM708 sebulan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan ketika ini bersetuju menampung kos subsidi elektrik sebanyak RM5.2 bilion sempena pelarasan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.
Beliau berkata, secara ringkasnya, 99 peratus daripada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kWj dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik.
Beliau berkata, pelarasan baharu ini mengambil kita penurunan sedikit purata harga bahan api dari AS$224 (RM1,047) per metrik tan (Julai hingga Disember 2022) kepada AS$173.50 (RM811).
“Namun purata harga arang batu masih lagi tinggi dan melebihi unjuran kos bahan api yang ditetapkan dalam tempoh kawal selia ketiga (RP3) iaitu AS$79 per metrik tan (RM369),” katanya pada sidang akhbar pelarasan tarif elektrik di bawah Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) (ICPT) hari ini.
Selain itu Nik Nazmi berkata, kategori baharu pengguna bukan domestik iaitu operator air dan pembetungan di negeri-negeri akan menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 3.7 sen/kWj.
“Ini bermakna operator air di bawah kerajaan negeri akan menikmati surcaj yang lebih rendah untuk tempoh Julai hingga Disember 2023.
“Keputusan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan operator air untuk menyediakan air terawat dan bersih kepada pengguna,” katanya.
Nik Nazmi berkata, pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif B dan D), tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) juga tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik di mana surcaj ICPT pada kadar 3.7 sen/kWj dikekalkan.
Dalam erti kata yang lain, katanya, perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel-bengkel kecil, petani, penternak, pekebun dan lain-lain perniagaan seumpamanya juga tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik.
“Kategori baharu pengguna bukan domestik iaitu operator air dan pembetungan di negeri-negeri akan menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 3.7 sen/kWj.
“Ini bermakna operator-operator air di bawah kerajaan negeri akan menikmati surcaj yang lebih rendah untuk tempoh Julai hingga Disember ini,” katanya,” katanya.
Pada masa sama, menurut beliau, walaupun berlaku kenaikan bagi pengguna domestik kategori ini, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM58 juta khas untuk kategori ini memandangkan surcaj ICPT tidak dilepaskan sepenuhnya.
Katanya, pengguna boleh melihat jumlah subsidi yang diberikan kerajaan dalam bil elektrik bulanan masing-masing.
“Kerajaan berharap agar pemberian subsidi ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam tempoh pemulihan ekonomi dan sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negara yang berterusan,” katranya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















