BERITA SEMASA

Kementerian Ekonomi sahut seruan PM mahu reformasi perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Kementerian Ekonomi menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melaksanakan reformasi ke atas perkhidmatan awam.

Menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan hari ini, mereka akan bersama-sama memastikan hasrat murni ini diterjemahkan di peringkat kementerian dan juga kepada agensi-agensi di bawah.

“Kementerian Ekonomi menyambut baik hasrat Perdana Menteri yang mahu reformasi perkhidmatan awam berjalan dengan penegasan khusus ke atas aspek produktiviti dan kecekapan perkhidmatan amat dialu-alukan.

“Penjawat awam sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan, anjakan paradigma dari segi tingkah laku dan pemikiran supaya akhirnya daya saing negara dapat ditingkatkan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Anwar sebelum ini mengumumkan pelarasan gaji untuk penjawat awam melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19, kelmarin.

Kenaikan gaji yang akan dilaksanakan dalam dua fasa ini dilaksanakan bagi menghargai peranan kakitangan awam di samping dapat mmenggalakkan budaya kerja yang lebih produktif dan cekap.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button