POLITIK

Kemelut di NS akan diselesaikan menerusi saluran politik – Ahmad Zahid

CYBERJAYA – UMNO akan menyelesaikan kemelut kepimpinan Negeri Sembilan menerusi saluran politik dan tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun undang-undang adat negeri berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian terbaik bagi menentukan sebuah kerajaan kukuh di Negeri Sembilan.

“Saya akan selesaikan kemelut yang ada melalui politik dan kita tidak akan pernah campur urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun undang-undang adat.

“Kita akan cari penyelesaian terbaik bagi menentukan sebuah kerajaan kukuh di Negeri Sembilan serta dapat terus melayani dan mendepani permasalahan rakyat,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selpeas hadir pada Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-54 dan Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, tindakan berkaitan pentadbiran negeri juga tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa tanpa mematuhi lunas undang-undang ditetapkan.

“Saya harap kita ikuti undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan dan juga peraturan Dewan Undangan Negeri (DUN) khususnya Negeri Sembilan.

“Pada hemat saya tidak semudah itu, yang paling baik mengikuti semua peraturan yang ada dan prosedur bagi menentukan bahawa peraturan itu diikuti terlebih dahulu,” katanya lagi

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO usaha membentuk kerajaan tebuk atap, Ahmad Zahid berkata, perbincangan bersama Perdana Menteri, Datum Seri Anwar Ibrahim penting.

“Itu sebabnya perbincangan dengan Perdana Menteri penting dan masalah politik perlu selesai guna saluran politik dan bukan kaedah lain,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid juga dijadualkan berjumpa Anwar bagi membincangkan isu ini pada hari ini, namun enggan mengulas masa serta lokasi perbincangan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button